BN lancar manifesto khusus ‘rawat’ Kelantan
Saturday March 1, 2008 Oleh: WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
KOTA BHARU 1 Mac – Barisan Nasional (BN) Kelantan hari ini melancarkan manifesto khusus merawat Kelantan disasarkan untuk segenap lapisan rakyat pelbagai kaum yang bakal membuka lembaran baru bagi negeri ini.
Manifesto bertemakan Agenda Untuk Perubahan bagi pembentukan sebuah Kelantan baru dan maju, akan memberikan kesan langsung yang ‘melegakan' serta dapat dinikmati oleh rakyat serta-merta dan tempoh jangka panjang.
Pelancaran manifesto disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin - bakal Menteri Besar sekiranya BN memerintah - di Ibu Pejabat UMNO negeri di sini hari ini yang turut dihadiri semua pemimpin UMNO negeri, calon-calon BN dan veteran UMNO.
Berasaskan kelemahan pentadbiran Pas yang menyebabkan Kelantan dan rakyat ketinggalan dalam pelbagai aspek, BN menggariskan 10 strategi utama sebagai paksi, tiga daripadanya merupakan agenda utama nasional dan tujuh teras utama bagi Kelantan.
Agenda nasional melibatkan usaha menjayakan projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bernilai RM7.6 bilion, memanfaatkan sepenuhnya program Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), meningkatkan pelaburan, peluang pekerjaan serta perniagaan.
Tujuh teras lagi ialah melaksanakan pendekatan manhaj Islam bagi menjadikan Kelantan negeri misali, merakyatkan pembangunan, menggilap modal insan, menghapuskan kemiskinan tegar, menghapuskan imej Kelantan ketinggalan, mempelbagaikan sumber ekonomi negeri di samping merakyatkan seni budaya, sukan dan warisan.
Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa ketika berucap mengupas manifesto itu antara lain menyentuh 16 perkara bagi merawat Kelantan melalui lebih 100 langkah dan tindakan.
Ia termasuk membina sebuah kompleks masjid negeri yang moden dan lengkap serta memperelokkan masjid di seluruh negeri, membangunkan kompleks sukan bertaraf antarabangsa, program perumahan rakyat berskala besar, lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang, pembinaan grand bazar untuk peniaga kecil dan usahawan serta pembesaran lapangan terbang.
Annuar berkata, fokus serta-merta juga melibatkan beberapa lagi projek ikon termasuk projek tebatan banjir dan pelaksanaan projek elektrik hidro di Nenggiri.
Bagi merakyatkan pembangunan, beliau antara lain berkata, BN akan menghentikan cukai lapuk dan tidak produktif, menurunkan cukai pintu dan lain-lain di bandar Kota Bharu sehingga 50 peratus dan bagi peniaga kecil, penjaja dan peraih, cukai bakul akan dihapuskan.
“Bayaran tempat letak kereta akan diturunkan sebanyak 50 peratus manakala bagi masyarakat bukan Melayu, keperluan mereka dari segi pelajaran, agama, bahasa dan sosioekonomi akan diberikan lonjakan baru berasaskan ‘Blueprint Masyarakat Bukan Melayu’.
‘‘Bagi menggilap modal insan, antara lain kemudahan teknologi maklumat yang lengkap termasuk kemudahan jalur lebar tanpa wayar akan disediakan di seluruh Kelantan,” ujarnya.
Di samping itu katanya, setiap anak Kelantan di institusi pengajian tinggi awam yang membuat tesis atau penyelidikan di negeri ini akan menerima sagu hati penyelidikan sebanyak RM1,000 hingga RM2,000.
‘‘Kerajaan BN akan turut memansuhkan tunggakan cukai bandar dan cukai tanah selain membentuk cukai yang kreatif serta tidak membebankan,” katanya.
Bagi mempelbagai sumber ekonomi negeri, jelas Annuar, kerajaan BN akan berusaha supaya limpahan dan aktiviti industri minyak dan gas dikecapi oleh rakyat serta mewujudkan iklim pelaburan positif dan meningkatkan industri pelancongan.
Mengenai usaha menghapuskan kemiskinan tegar pula, Annuar berkata, BN menjanjikan pelancaran jihad memeranginya yang melibatkan 12,000 kumpulan sasar dengan 7,000 daripadanya dikenal pasti produktif.
‘‘Badan khas juga akan diwujudkan untuk melatih dan mendedahkan wanita terutamanya ibu tunggal kepada peluang perniagaan baru dan cara hidup berdikari.
‘‘Ibu tunggal yang menganggur dan anak yang bersekolah pula akan diberikan bantuan sewajarnya. Warga emas berumur 80 tahun ke atas akan diberikan honorarium tahunan bagi meringankan bebanan hidup mereka,” ujarnya.
Katanya, kerajaan BN memberi jaminan apa-apa dasar, amalan dan program di bawah Pas yang baik dan disenangi rakyat akan dikekalkan, malah diubah suai agar rakyat mendapat lebih banyak faedah.
“Ini termasuk memberi hak milik tanah dan perumahan kepada rakyat di bawah program Ladang Rakyat di samping memperbaiki skim perlindungan Takaful Kifalah bagi membolehkan warga emas mendapat manfaat lebih sekali ganda berbanding sedia ada,” katanya.
Utusan Malaysia
http://bn2008.org.my/bm/download/bm_manifesto2008.pdf