Monday, March 3, 2008

BN..strategi



Apakah tindakan kerajaan BN bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan harga barangan?
Bantuan secara menyeluruh
Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan pimpinan BN telah memperuntukkan jumlah yang besar untuk meringankan beban rakyat:
RM34 bilion telah diperuntukkan dalam bentuk subsidi bagi mengekalkan harga petrol, diesel serta gas pada tahap yang rendah (2007)
RM9 bilion telah diperuntukkan dalam bentuk subsidi-subsidi lain – dari baja, tol jalanraya hingga baucar tuisyen (2007)
Mengekalkan kawalan atas harga barangan pada tahap yang rendah
Mengenakan kenaikan tarik eletrik atas penggunaan yang tinggi, sekaligus memastikan yang lebih 50% isirumah tidak menghadapi kenaikan
Memansuhkan yuran sekolah, mengurangkan harga cukai jalan, menyediakan kemudahan asas berkos rendah dan pelbagai lagi bantuan lain
BN juga telah membantu meningkatkan tahap pendapatan boleh-guna (disposable income):
Meningkatkan gaji serta COLA bagi kakitangan awam, polis dan tentera
Meningkatkan elaun khas bagi guru dan guru bantuan di kawasan luar bandar
Membolehkan pengeluaran simpanan Akaun 2 EPF bagi tujuan pembayaran pinjaman rumah
Pengecualian cukai sehingga RM4,000 bagi setiap seorang anak yang sedang belajar di pusat pengajian tinggi, dan banyak lagi bantuan lain
Kebanyakan langkah-langkah yang telah diambil ini mungkin tidak jelas dirasai kerana ianya menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian penduduk Malaysia. Namun demikian, semakin harga barangan sedunia terus meningkat, kos bagi mengekalkan bantuan tersebut juga meningkat berkali ganda. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab, BN telah berusaha mencapai keseimbangan yang terbaik antara menyediakan bantuan, dan memastikan perkhidmatan serta fungsi kerajaan yang lain tidak terganggu.

No comments: